24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Semua pelajar MRSM terlibat buli akan dibuang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terlibat dalam kes buli akan diberhentikan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu buli dan pukul melibatkan institusi pendidikan di bawah MARA termasuk MRSM.

“Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM.

“Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Advertisements

Baru-baru ini, polis mengesahkan menahan lima pelajar MRSM di Balik Pulau bagi membantu siasatan kes buli yang berlaku Jumaat lalu.

Kejadian pada jam 11 malam itu melibatkan mangsa pelajar Tingkatan Tiga di tandas lelaki Blok B bangunan sekolah berkenaan.

Difahamkan, mangsa dikatakan dipukul oleh pelajar Tingkatan Lima disebabkan alasan lambat turun untuk solat Subuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan