24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Piala Sudirman: Malaysia juarai Kumpulan C

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD badminton negara meneruskan momentum kemengan dalam aksi Piala Sudirman 2023 selepas mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Taiwan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Suzhou, China itu, Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan ‘maut’ bersama India unggul menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan sekali gus layak ke suku akhir.

Malaysia bermula cemerlang apabila mengutip mata pertama menerusi gandingan Tang Jie-Toh Ee Wei yang bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang 17-21, 21-19, 21-17 ke atas Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Kem negara tambah ceria selepas perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menghadiahkan mata kedua negara selepas menewaskan pemain ranking kelima dunia, Chou Tien Chen dengan straight set 21-14, 23-21.

Advertisements

Taiwan bagaimanapun bangkit merapatkan jurang kepada 2-1 apabila persoerangan wanita Tai Tzu Ying yang kini di tangga ketiga dunia mudah mengenepikan cabaran Goh Jin Jin Wei 21-8, 21-10 dalam 28 minit.

Gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memastikan kemenangan milik negara apabila menewaskan gandingan Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-8,21-10 sekali gus menghadiahkan mata ketiga negara.

Sementara itu, pasangan beregu nombor lapan dunia, Pearly Tan-M. Thinaah pula dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Hsu Ya Ching-Teng Chun Hsun dengan 21-15,19-21, 21-15 dalam aksi satu jam 11 minit.

Kemenangan ini penting buat kem badminton negara kerana kejayaan menjuarai peringkat kumpulan akan membantu mengelak bertemu juara kumpulan lain di peringkat suku akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan