29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penunggang motosikal abai arahan polis ada masalah mental

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENUNGGANG motosikal yang tidak memakai topi keledar dan gagal memberikan kerjasama selepas diarahkan pihak polis mempunyai masalah mental

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku ketika sebuah unit kereta peronda MPV melakukan rondaan di Jalan Felda Air Tawar 5 – Felda Semenchu, Kota Tinggi semalam.

Katanya, unit tersebut telah terserempak dengan lelaki yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss tanpa mengenakan topi keledar dan mengarahkannya berhenti di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan namun gagal.

“Unit itu terus mengekori motosikal dan aksi tersebut tamat apabila lelaki itu memasuki sebuah kawasan ladang sawit di Felda Semenchu.

“Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah telah berjaya mengesan kediaman penunggang motosikal dan tindakan pemeriksaan telah dijalankan Ketua Polis Balai Teluk Sengat bersama anggota.

“Hasil siasatan awal di kediaman mendapati keadaan rumah tada penghuni dan pintu berkunci.

Advertisements

“Polis turut mendapat pengesahan daripada penduduk setempat mengatakan penama merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 46 tahun dan mempunyai rekod kesihatan mental,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Video berdurasi 30 saat mengenai video berkenaan tular di media sosial memaparkan aksi sebuah unit kereta peronda MPV mengejar sebuah motosikal di Jalan Felda Air Tawar 5-Felda Semenchu, Kota Tinggi.

Sementara itu, beliau berkata, usaha bagi mengesan penunggang itu sedang dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-883 7222.

“Polis Kota Tinggi menasihati orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri semasa memandu kenderaan.

“Tindakan mengabaikan keselamatan sebegini ini dapat mengundang kecederaan parah sekiranya terlibat dalam kemalangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan