29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tidak puas hati punca keluarga mangsa kemalangan gaduh

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan enam individu bagi membantu siasatan susulan pergaduhan antara ahli keluarga mangsa kemalangan di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah, 8 Mei lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut, Soffian Santong berkata, pergaduhan berpunca daripada pertengkaran mulut antara ahli keluarga kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan.

Katanya, kes pergaduhan itu disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kesalahan merush) yang mana jika sabit kesalahan bolen dikenakan hukuman penjara sehingga (2) tahun, atau denda atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera) yang mana jika sabit kesalahan bole dikenakan hukuman penjara selama (1) tahun, atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua enam individu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Advertisements

Sementara itu, Soffian berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang oleh seorang wanita tempatan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan.

Ujarnya, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Aka Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berkenaan kejadian tersebut untuk mengelakkan sebarang spekulasi,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan