26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pengasuh direman dera bayi di taska

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan bayi yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis mengesan dua video tular berdurasi 48 dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan warga tempatan telah mengasari seorang bayi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini dan mangsa merupakan dua orang bayi, perempuan berusia 11 bulan dan lelaki (9 bulan).

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan warga tempatan berumur 21 tahun di Bandar Selesa Jaya, Skudai.

“Permohonan reman dibuat pada 16 Mei di Mahkamah Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Media hari ini melaporkan mengenai insiden seorang pengasuh wanita di sebuah taska di Mutiara Rini yang disyaki mendera bayi di bawah jagaannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Polis Johor mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kejadian dan boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Lavanya ditalian 019-882 2403 untuk membantu siasatan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan