29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 6, 2023

Kontraktor kempunan gelaran Datuk Seri, rugi RM571,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kontraktor terpaksa ‘berputih mata’ apabila mengalami kerugian RM571,000 selepas terpedaya dengan tawaran darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri yang ditawarkan individu mendakwa pembesar istana.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata, berdasarkan laporan, lelaki berusia 63 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang, pertengahan Februari lalu.

Katanya, suspek mendakwa mempunyai kuota untuk anugerah kebesaran negeri berkenaan yang membawa gelaran Datuk Seri.

“Suspek mendakwa mempunyai enam kuota anugerah kebesaran terbabit.

“Mangsa dimaklumkan hanya perlu buat sumbangan program istana tanpa apa-apa bayaran.

“Mangsa berminat dan turut mempelawa empat kenalannya untuk mendapatkan gelaran berkenaan.

“Bermula Februari lalu hingga bulan ini, suspek meminta mangsa memberi sumbangan untuk beberapa program yang kononnya dibuat pihak istana. Mangsa menyalurkan RM571,000 melalui 32 transaksi ke lima akaun bank berbeza.

Baca juga:   Muhyiddin dicadang sertai semula UMNO, diangkat Presiden parti

“Sumber kewangan mangsa hasil kutipan dan wang simpanannya bersama rakan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan sengaja lewat bentang Akta Pendanaan Politik

KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...

Lagi Artikel Berkaitan