26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jawapan Azalina bukti Anwar fitnah PN – Hamzah

Maka dengan pendakwaan ke atas pemimpin Bersatu dan PN khususnya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kesinambungan kepada siri pembohongan, fitnah serta konspirasi jahat kerajaan campuran PH-BN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGESAHAN oleh Datuk Seri Azalina Othman bahawa tiada satu pun parti dalam Perikatan Nasional (PN) mendapat sumbangan daripada dana judi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan fitnah.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Dewan Rakyat semalam, secara ‘terang lagi bersuluh’ mengesahkan tuduhan Anwar ke atas PN adalah rekaan serta pembohongan.

“Sama sebagaimana beliau tanpa rasa bersalah membohongi rakyat dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan seperti turun harga minyak, selesaikan kos sara hidup, menentang nepotisme, dan janji perangi rasuah.

“Tetapi melantik Timbalan Perdana Menteri yang terbukti terdapat prima facie dan sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan di mahkamah.

“Kezaliman Anwar perlu dihukum secara total oleh rakyat terutama dalam pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, PN sebagaimana dinyatakan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, sedang menimbangkan tindakan undang-undang ke atas Anwar.

Ujarnya lagi, maka dengan pendakwaan ke atas pemimpin Bersatu dan PN khususnya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kesinambungan kepada siri pembohongan, fitnah serta konspirasi jahat kerajaan campuran PH-BN dengan menyalahgunakan agensu penguatkuasa dan sistem mahkamah.

Semalam media melaporkan, Azalina menjelaskan siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.

Azalina melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu tersebut,”katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan