36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Luton atau Coventry bakal dipromosi ke EPL?

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERTEMBUNGAN Luton Town dan Coventry City pada musim 2017-18 merupakan sekadar perlawanan biasa di Liga Divisyen Dua.

Namun, malam esok, pertemuaan kedua-dua pasukan menjadi tumpuan peminat bola sepak apabila mereka bersaing sesama sendiri bagi merebut satu slot ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Di peringkat separuh akhir playoff, Coventry menewaskan Middlesbrough yang dibimbing Michael Carrick dengan agregat 1-0 menerusi jaringan tunggal Gustavo Hamer.

Kali terakhir skuad The Sky Blues beraksi di liga tertinggi adalah pada musim 2000-01.

Sementara itu, Luton pula tewas 2-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir playoff sebelum bangkit menang 2-0 di laman sendiri sekali gus layak ke final dengan agregat 3-1.

Musim lalu, Luton tewas kepada Huddersfield Town di peringkat separuh akhir playoff dan esok menjadi peluang terbaik mereka layak ke EPL.

Kali terakhir The Hatters beraksi di divisyen utama adalah pada musim 1991-92 di mana mereka menamatkan saingan di kedudukan ke-20.

Rekod pertemuan Coventry-Luton

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 88 perlawanan dengan Coventry menang 41 perlawanan dan tewas 28.

Luton kini merekodkan sembilan perlawanan tanpa tewas menentang skuad bimbingan Mark Robins itu, menang empat dan seri lima kali sejak kali terakhir tewas 3-0 pada Oktober 2017 di Liga Divisyen Dua.

Coventry berada di prestasi terbaik ketika ini dengan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah dan hanya tewas sekali dalam 19 perlawanan.

Bagaimanapun, mereka agak bergelut apabila bertemu Luton dengan dua aksi semasa mereka di Liga Kejohanan musim ini berakhir dengan keputusan seri.

Lima pertemuan terakhir menyaksikan Luton menang tiga dan seri dua sekali gus memberikan gambaran di Stadium Wembley malam esok pastinya menjanjikan saingan terbaik sekali gus hanya pasukan terbaik layak ke EPL. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan