25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Eagle’s Nest Skywalk siap 2 bulan lagi – Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EAGLES’S Nest Skywalk yang dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi bakal menjadi tarikan terbaharu di pulau peranginan bebas cukai berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, selepas hampir empat tahun, projek yang bermula 2019 dan tertangguh akibat pandemik COVID-19 itu akhirnya dapat disiapkan.

“Kini kerja-kerja pembinaan sudah menghampiri 100 peratus, jadi saya mengucapkan tahiah kepada MBI Kedah (Perbadanan Menteri Besar Kedah) dan syarikat Baron Group yang terbabit dalam projek ini yang telah berusaha dari peringkat awal sehinggalah ke tahap ini.

“Projek ini adalah 100 peratus diilhamkan, direka bentuk dan pembinaannya oleh anak-anak tempatan sekali gus membuktikan anak-anak Kedah berupaya membangunkan projek ikonik yang bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis praperasmian Eagle’s Nest Skywalk di Langkawi hari ini.

Advertisements

Eagle’s Nest Skywalk yang diilhamkan daripada ikon pulau lagenda itu, burung helang terletak di puncak Gunung Machinchang pada ketinggian 645 meter dari aras laut.

Pembinaannya menelan belanja RM30 juta dan Eagle’s Nest Skywalk memiliki memiliki dek langit sepanjang 38 meter dan merupakan ‘free standing skywalk’ terpanjang di dunia.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, penglibatan dan kerjasama semua pihak melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta mampu memacu sektor pelancongan di negeri itu. 

“Saya berharap projek-projek baharu yang lain akan terus dibangunkan dan mampu memberikan impak yang positif seterusnya limpahan ekonomi yang dapat dinikmati oleh penduduk Langkawi Permata Kedah yang kita cintai ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan