27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jaringan dramatik Jota bantu Liverpool tundukkan Spurs

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DIOGO Jota muncul wira Liverpool apabila jaringan lewat permainannya menafikan kebangkitan Tottenham Hotspurs sekali gus menghadiahkan kemenangan dramatik 4-3 di Anfield awal pagi tadi.

Turun dengan misi tiga mata bagi menghidupkan peluang ke saingan Eropah musim depan, Liverpool garang apabil mendahului pelawat dengan tiga gol dalam tempoh 15 minit pertama.

Curtis Jones meletakkan The Reds di depan seawal minit ketiga apabila dia yang tidak dikawal mudah menolak masuk hantaran silang Trent Alexander-Arnold.

Luis Diaz menjadikan kedudukan 2-0 apabila apabila menyudahkan hantaran Cody Gakpo dari jarak dekat menewaskan Fraser Forster di gawang pelawat.

Tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas Gakpo dijatuhkan Christian Romero dalam kawasan penalti.

Advertisements

Mohamed Salah tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan tersebut untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Kapten, Harry Kane menghidupkan peluang kebangkitan pelawat apabila menjaringkan gol pertama Spurs pada minit ke-40.

Son Heung-Min merapatkan jurang kepada 3-2 pada minit ke-77 selepas menyudahkan hantaran Romero sebelum Richarlison menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Jota muncul wira Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan sekali gus melonjakkan The Reds ke tangga kelima liga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan