Wednesday, June 17, 2026

Dua kanak-kanak nyaris maut, rumah terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA kanak-kanak nyaris maut selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian yang berlaku di Bandar Utama Batang Kali, petang tadi.

Mereka berusia dua dan tiga tahun diselamatkan jiran dalam kejadian kira-kira 3 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata 14 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Rawang ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat. Terdapat dua kanak-kanak perempuan di ruang tamu dan kebakaran disedari jiran mereka,”katanya.

Hafisham berkata, kebakaran dipercayai bermula dari dapur dengan kemusnahan kira-kira 70 peratus.

Bagaimanapun, menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 3.27 petang dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan