34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Piala Asia 2023: Malaysia diundi bersama Korea Selatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaya diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E untuk kejohanan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar pada Januari depan.

Dalam undian yang diadakan sebentar tadi, skuad bimbingan Kim Pan Gon akan berdepan Korea Selatan yang berada di ranking ke-25 dunia, sementara Jordan (84) dan Bahrain (85).

Pada edisi terdahulu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019, Korea Selatan berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada juara, Qatar 1-0.

Sementara itu, Bahrain dan Jordan juga mara ke pusingan kalah mati dalam kejohanan yang menampilkan 24 pasukan itu.

Dalam pada itu, undian sebentar tadi menyaksikan tuan rumah yang juga penyandang juara, Qatar diletakkan dalam kumpulan A bersama China, Tajikistan dan Lebanon.

Dua pasukan ASEAN, Indonesia dan Vietnam pula berdepan tugas sukar diundi dalam Kumpulan D bersama Iraq dan finalis lalu, Jepun.

Juara Piala AFF, Thailand pula diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Arab Saudi, Republik Kyrgyz dan Oman.

Kejohanan Piala Asia 2023 akan berlangsung di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024. – Edisi 9

Keputusan undian peringkat kumpulan Piala Asia Qatar 2023.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan