26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Azlinda Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROF. Dr. Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) yang baharu, berkuat kuasa hari ini sehingga 30 Mei 2025. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan berkata, beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Husaini Omar yang telah bersara wajib pada 10 Mac lalu.

Katanya, Azlinda, 55, berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial) dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ljazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama. 

“Beliau antara segelintir individu yang terpilih dan dianugerahkan Biasiswa Fulbright untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran dalam Kerja Sosial Klinikal di New York University (NYU), Amerika Syarikat.

“Sebelum ini, Prof. Dr. Azlinda merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sains Malaysia,” katanya hari ini.

Advertisements

Selain memiliki pengalaman kerja dan pentadbiran yang luas, Azlinda juga merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang disegani terutama dalam bidang kerja sosial di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Azlinda merupakan Pengerusi Jawatankuasa Mailis Bersama Kebangsaan Pendidikan Keria Sosial Malaysia dan juga merupakan Konvenor Kumpulan Tindakan dan Penyelidikan AIDS (AARG), USM sejak 2011. 

KPT berkata, pada 2021, beliau dianugerahkan Ikon Akademik Keria Sosial oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, kementerian yakin bahawa pelantikan Azlinda berupaya melonjak prestasi Jabatan Pendidikan Tinggi ke tahap yang lebih tinggi dan turut memperkasa ekosistem pendidikan tinggi berpaksikan kecemerlangan.

“Kementerian turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Husaini atas jasa bakti beliau sepanjang menerajui Jabatan Pendidikan Tinggi sebelum ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan