27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kanak-kanak lahir 2018, 2019 dapat vaksin pneumokokal percuma

Usaha itu juga bagi mengoptimumkan perlindungan penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah

Mesti Baca

MULAI esok, kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 akan menerima vaksin pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang berkata, pemberian vaksin yang dilaksanakan hingga 31 Mei 2024 itu dibuat menerusi inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) bagi memastikan golongan terlibat menerima imunisasi lengkap.

Beliau berkata, usaha itu juga bagi mengoptimumkan perlindungan penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

“Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), kadar discaj akibat penyakit pneumokokal invasif adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

“Jadi, bagi pemberian vaksin itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak mereka ke mana-mana fasiliti kita secara ‘walk in’ untuk menerima suntikan.

“Selain itu, boleh juga buat janji temu melalui MySejahtera untuk tempahan vaksin di semua fasiliti kesihatan,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM menyasarkan seramai 700,000 daripada sejuta kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk menerima suntikan vaksin pneumokokal menerusi inisiatif itu.

“Walaupun disasarkan 700,000 tetapi kementerian mengharapkan sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus daripada sasaran itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, KKM sudah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020.

“Vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

“Antara penyakit yang disebabkan bakteria ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput mata dan sarah tunjang serta jangkitan dalam bakteria dalam darah,” katanya.

Katanya, program imunisasi yang dijalankan di peringkat global menunjukkan penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan