27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

PM lancar Media Perpaduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian Media Perpaduan yang disertai seramai kira-kira 360 aktivis media sosial Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pelancaran Media Perpaduan yang diadakan Semenyih Eco Village Resort, malam tadi turut disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya, memaklumkan pihak Sekretariat Media Perpaduan berjaya mencapai satu resolusi.

“Kira-kira 360 aktivis media sosial BN dan PH telah menghadiri kursus sepanjang sehari bagi mencapai satu resolusi dengan mengambil kira pelbagai sudut khususnya aspek media.

“Datuk Lokman Noor Adam selaku Ketua Sekretariat Media Perpaduan telah menyerahkan resolusi tersebut kepada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu Lokman memaklumkan Sekretariat Media Perpaduan dan Yayasan Harapan akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Media Perpaduan Bersama Perdana Menteri. – Edisi 9

Terkini

44 rumah baharu dibina untuk veteran ATM

KEMENTERIAN Pertahanan telah meluluskan sebanyak 44 permohonan bina baharu dan 177 permohonan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan