24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO Selangor lantik Tengku Zafrul sebagai Bendahari

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Perkara tersebut diumumkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Perlantikan Tengku Zafrul dibuat pada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang diadakan semalam, beberapa minggu selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac lalu.

Selain itu,  Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin turut melantik Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri dan Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Mesyuarat yang dipengerusikan Megat Zulkarnain Omardin turut memutuskan beberapa ketetapan.

Advertisements

“UMNO Selangor akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia dan komited untuk memastikan keutuhan keriasama dalam Kerajaan ini demi kestabilan negara.

“UMNO Selangor mengambil maklum perjalanan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia dan akan mewujudkan Jawatankuasa Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri dalam masa terdekat seta mengadakan program bersama pimpinan Kerajaan Negeri.

“UMNO Selangor turut memutuskan rangka kerja dalam penyediaan jentera di setiap peringkat dan juga memulakan gerakan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta meneruskan perundingan bersama Pakatan Harapan Selangor dalam menentukan pengagihan kerusi-kerusi bagi menghadapi Pilihanraya Umum Negeri Selangor,” katanya.

Pada mesyuarat itu, UMNO Selangor juga sebulat suara bersetuju dan telah menandatangani memorandum untuk memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan