24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Berita tular 12 Ahli Parlimen BN sedia hilang kerusi palsu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LAPORAN tular sebuah portal berita bertajuk ’15 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia hilang kerusi – Sumber Dalaman’ bertarikh 12 April 2023 disahkan palsu.

Akhbar Sinar Harian menerusi satu kenyataan di Facebooknya menegaskan media itu tidak pernah mengeluarkan bahan berita tersebut itu.

“Sinar Harian tidak pernah mengeluarkan berita bertajuk ’15 Ahli Parlimen BN sedia hilang kerusi – Sumber Dalaman’ bertarikh 12 April 2023.

Advertisements

“Sebarang laporan rasmi dari Sinar Harian hanya boleh didapati di platform rasmi Sinar Harian iaitu https://www.sinarharian.com.my dan semua media sosial rasmi Sinar Harian,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial paparan sebuah tangkap layar yang membawa tajuk berita dengan meletak logo Sinar Harian bahawa kononnya seramai 12 Ahli Parlimen BN sedia meletakkan jawatan.

Laporan itu menyebut 12 Ahli Parlimen BN sedia meletakkan jawatan untuk membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan