26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

UEL: Roma bangkit atasi Feyenoord pada masa tambahan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DUA gol di masa tambahan oleh Stephan El Shaarawy dan Lorenzo Pellegrini membawa AS Roma ke separuh akhir Liga Europa (UEL) dengan menewaskan Feyenoord 4-1 di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.

Pasukan Giallorossi bangkit daripada ketinggalan satu gol dalam perlawanan pertama minggu lalu untuk meneruskan kemaraan dengan kelebihan agregat 4-2.

Gol pembukaan Leonardo Spinazzola dalam babak kedua memastikan Roma mengikat kedudukan agregat 1-1.

Namun, Igor Paixao kembali meletakkan pelawat  di depan secara agregat menerusi tandukannya berbaki 10 minit terakhir.

Skuad kendalian Jose Mourinho mempamerkan kebangkitan setelah Paulo Dybala menyelamatkan nasib Roma dengan jaringan cantik di minit ke-89 untuk mengheret perlawana. ke masa tambahan.

Roma terus menguasai sepanjang tempoh 30 minit berkenaan, di mana El Sharawy memastikan mereka berkelebihan dengan menyempurnakan hantaran rendah Justin Bijlow.

Videi bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan Pellegrini biarpun pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid.

Roma akan menghadapi dua pertemuan dengan wakil Jerman, Bayer Leverkusen, bagi penentuan ke final.

Untuk rekod, Jose Mourinho yang membimbing Roma sejak 2021 kini membawa Roma beraksi di peringkat separuh akhir buat kali kedua dalam pentas Eropah setelah memenangi kejohanan Piala UEFA Conference League musim lalu. – Edisi 9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan