26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pemandu bas langgar peraturan tak dibenar memandu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan membenarkan mana-mana pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya daripada memandu bas bagi elakkan membahayakan keselamatan penumpang.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, pihaknya mengambil serius isu tersebut dan meletakkan sifar kemalangan pengangkutan awam sebagai fokus Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2023.

Katanya, setakat ini tiga kes melibatkan pemandu bas disyaki menggunakan bahan terlarang telah direkodkan, hasil pemeriksaan rambang dijalankan JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Advertisements

“Kami telah mengambil tindakan supaya mereka ini tidak dibenarkan untuk memandu bas kerana ia boleh mendatangkan risiko kemalangan.

“Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan bas-bas pengangkutan awam ini kesannya sangat tinggi. Satu bas membawa lebih kurang 40 nyawa (40 penumpang), ia menyebabkan satu kehilangan yang amat besar,” katanya dalam sebuah program televisyen hari ini.

Dalam usaha mengurangkan kes kemalangan sempena sambutan Aidilfitri kali ini, Lokman berkata, pihaknya juga akan menempatkan pegawai dan anggota di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan