25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UEL: Sevilla tunjuk United jalan kelua

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERJALANAN Manchester United dalam saingan Liga Europa 2022/2023 berakhir setelah tewas 0-3 (agregat 2-5) di tangan Sevilla pada aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Ramon Sanchez-Pizjuan Stadium, awal pagi tadi.

Aksi timbal balik kali ini dilihat seimbang untuk kedua-dua pasukan setelah dua gol lewat permainan menyaksikan Sevilla mengikat United 2-2 di Old Trafford minggu lalu 

Sevilla yang kini menghuni tangga ke-13 dalam saingan dimestik beraksi cemerlang dalam perlawanan ini dengan bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan-kesilapan mudah pemain pasukan pelawat meskipun anak buah Erik ten Hag lebih menguasai permainan.

Kesilapan Harry Maguire dan David de Gea dihukum Youssef En-Nesyri untuk menjaringkan dua gol penting buat Sevilla.

De Gea melakukan hantaran kepada Maguire, yang kemudian segera dikerumuni tiga penyerang lawan di bucu kotak penalti.

Percubaan untuk mengeluarkan bola dipintas oleh Erik Lamela sebelum En-Nasyri tenang menyudahkan jaringan pembukaannya.

Loic Bade turut menemui sasaran untuk pasukan tuan rumah itu meneruskan kemaraan dengan kelebihan agregat 5-2 sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Sepakan Ivan Rakitic kemudian tepat menemui Bade sebelum bola menerjah masuk ke gawang De Gea pada awal babak kedua.

De Gea bertindak keluar dari kawasannya dan gagal mengeluarkan bola dengan sempurna untuk En-Nesyri memanfaatkan kesempatan itu dengan melepaskan sepakan lencong ke dalam gawang The Red Devils.

Untuk rekod, Sevilla kini sudah memenangi enam kali kejohanan UEL dalam tempoh sembilan musim.

Pemburuan skuad kendalian Jose Luis Mendilibar untuk kejuaraan ketujuh diteruskan bakal membuat perhitungan dengan Juventus pada saingan separuh akhir. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan