29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sharmendran dipilih pembawa Jalur Gemilang Sukan Sea Kemboja

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JAGUH karate negara, R. Sharmendran diberi kepercayaan membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, pada 5 Mei ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata Sharmendran dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara tersebut sebagai suatu penghargaan terhadap pencapaian dalam sukan karate.

Pemilihan atlet berusia 30 tahun itu dibuat memandangkan beliau merupakan prospek emas negara kali ini.

“Pemilihan Sharmendran adalah berdasarkan prestasi beliau yang cemerlang dalam beberapa Temasya Sukan Asia Tenggara yang lepas dan beliau turut disasarkan untuk menyumbang pingat emas kepada Kontinjen Malaysia kali ini.

“Sharmendran yang merupakan juara bertahan dalam kategori Kumite Lelaki 75kg dalam tiga (3) edisi Temasya Sukan Asia Tenggara yang lepas iaitu Kuala Lumpur 2017, Filipina 2019 dan Vietnam 2021, akan memburu pingat emas yang ke-4 untuk temasya di Kemboja,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook MOM hari ini.

Sharmendran kini sedang memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam kategori kumite lelaki 75 kilogram (kg), selepas muncul juara acara sama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Beliau bakal menjadi wakil karate kedua menjadi pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan temasya sukan dwitahunan itu.

“Sebelum ini, Puvaneswaran Ramasamy merupakan Pembawa Jalur Gemilang untuk Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-22 Vietnam 2003,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan