24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

36 ditahan langgar syarat lesen jual mercun, bunga api

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor menahan 36 lelaki termasuk tiga warga asing kerana melanggar syarat lesen dan permit penjualan mercun dan bunga api antara 28 Mac hingga 26 April lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 712 mercun dan bunga api pelbagai jenis dirampas dalam operasi yang dijalankan.

“Sebanyak 33 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“18 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah di bawah Peraturan 74, Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923 yang boleh dihukum di bawah peraturan 76, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM300,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut beliau berkata, baki 15 kertas siasatan masih dalam proses melengkapkan siasatan untuk pertuduhan.

Katanya, Polis Johor komited dalam melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan permit penjualan mercun dan bunga api yang diluluskan.

“Polis Johor akan mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan letupan 1957 (Akta 207).

“Jika terdapat sebarang pelanggaran yang melibatkan individu dan organisasi yang tidak mempunyai permit, lesen memiliki, menjual dan membeli mercun dan bunga api selain yang dibenarkan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan