31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis rampas dadah RM400,000, 3 individu ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 10.4 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM400,000 dirampas dalam satu operasi khas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, susulan itu tiga individu lelaki berusia antara 40 hingga 61 tahun di kawasan parkir kereta di sebuah pasar raya di Bercham, Ipoh.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan sebuah guni plastik yang mengandungi 10 bungkusan plastik berisi paket lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Dengan berat yang dianggarkan 10.4kg dan nilai pasaran lebih kurang RM400,000, jumlah dadah yang dirampas lebih kurang 20,000 penagih.

Advertisements

“Ujian saringan air kencing ke atas seorang suspek yang berumur 58 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek akan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Mohd. Yusri berkata, tindakan pelucutan harya juga diambil terhadap suspek utama di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988 dengan sitaan sebuah kenderaan bernilai RM12,000 dan wang tunai sebanyak RM2,200.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mendapatkan bekalan daripada seorang warga asing di wilayah utara negara,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan