27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

6 pelajar akademi golf terima biasiswa – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI enam pelajar Akademi Golf Tunas Bestari menerima biasiswa Yayasan Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf.

Biasiswa itu disampaikan sendiri oleh Bekas Perdana Menteri itu sempena Majlis Berbuka Puasa Yayasan TSMY Charity Golf di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, biasiswa itu diserahkan kepada pelajar yang menunjukkan potensi besar dalam sukan golf.

“Mereka ialah Ngo Yo Belle, Batrisyia Balqis, Nur Syafiqah, Ezekiel Sueritz, Maisara Saad dan Ashley Lau.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terpilih dan percaya mereka adalah bakat-bakat muda yang boleh berjaya dan dapat mengharumkan nama negara dalam sukan ini suatu hari nanti,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, sempena Majlis Berbuka Puasa itu juga, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan.

Antara badan kebajikan yang menerima sumbangan kali ini termasuk Pertubuhan Pembangunan Insan Darussalam Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Teratak Ummi, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Pertubuhan Kebajikan Chen Ai OKU, Pertubuhan Kebajikan Dar Ar-Rahman Malaysia, Madrasah Tahfiz Kampung Kapal, Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Pusat Jagaan Insan dan Pusat Jagaan Nur Hasanah.

“Saya dan isteri serta seluruh ahli jawatankuasa Yayasan TSMY Charity Golf turut menyantuni anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan warga rumah kebajikan terlibat dalam majlis berbuka puasa, disusuli dengan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih.

“Semoga sumbangan daripada Yayasan ini dapat membantu pertubuhan-pertubuhan terlibat menjalankan aktiviti atau program masing-masing,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan