29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis kesan individu main mercun di balkoni di Meru

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Ipoh selepas video perbuatannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, pihaknya turut menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan (Mudarat Awam) dan Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Membakar mercun sehingga mendatangkankan mudarat awam).

“Pihak siasatan sedang mengesan individu yang kelihatan sedang bermain mercun di dalam video yang tular tersebut.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, Fadli Ahmad di talian 019-250 0019 untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Yahaya turut menasihatkan orang ramai supaya lebih bertimbang rasa dan berwaspa terutama ketika bermain mercun dan bunga api.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun pada musim perayaan ini demi menjamin keselamatan diri, nyawa serta harta benda orang ramai,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan