25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Sri Pahang kekalkan rekod tanpa kalah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SRI PAHANG mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila menang tipis 1-0 ke atas Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad itu terlebih dahulu menguji Kuching City namun sepakan percuma yang diambil Stefano Brundo tepat ke dakapan penjaga gol, Norazlan Razali.

Minit ke-33 menyaksikan Izham Tarmizi gagal menangkap kemas percubaan Alif Hassan namun tindakan susulan penjaga gol Sri Pahang berjaya mengelakkan sebarang ancaman lawan.

Alif Hassan sekali lagi menguji kekebalan Izham pada minit ke-54 dan kali ini sepakan percuma yang diambilnya masuk di antara kaki sebelum bola ditangkap kemas penjaga gol itu.

Selepas menyerap serangan demi serangan, Sri Pahang akhirnya di depan pada minit ke-57 menerusi jaringan pemain tengah, Nor Azam Azih.

Advertisements

Gol tersebut terhasil daripada lorongan ke belakang cantik daripada Zuhair kepada Nor Azam yang kemudiannya melepaskan satu rembatan leret melepasi kawalan Norazlan.

Sementara itu, Izham muncul penyelamat Sri Pahang apabila menepis percubaan berbahaya Aylton Alemao pada waktu kecederaan sekali gus memastikan tiga mata penuh dibawa pulang ke Kuantan.

Kemenangan di Kuching mengekalkan kedudukan Sri Pahang di tangga ketiga Liga Super selepas mengutip 19 mata daripada sembilan perlawanan.

Sehingga kini, hanya dua pasukan yang masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah, Sri Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan