26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kedah tumbang di tangan KL City

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KL CITY mencipta kejutan dengan menewaskan Kedah FA 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kedua-dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol pembukaan sebaik perlawanan bermula.

Kapten KL City, Paulo Josue berjaya meletakkan City Boys di hadapan pada minit ke-11 selepas menyudahkan hantaran Tchetche Kipre.

Sang Kenari bangkit memburu gol penyamaan.dengan menyamakan kedudukan menerusi gerakan solo Balotelli pada minit ke-25.

Advertisements

Tandukan Bojan Ciger menerjah jaring sekali lagi buat Kedah dengan menyempurnakan  hantaran sepakan percuma Lee Tuck untuk menewaskan Azri bagi membolehkan Kedah mendahului 2-1 hingga waktu rehat.

City Boys kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi penyerang berbisa mereka, Romel Morales.

Percaturan Bojan Hodak segera memasukkan Herlison Caion menggantikan Kipre bgi mencari gol kemenangan membuahkan hasil apabila bekas penyerang Selangor itu meledakkan gol ketiga untuk pasukan pelawat pada minit ke-74.

Kemenangan ini membawa City Boys ke tangga ketujuh Liga Super dengan 12 mata. Manakala Kedah pula di tangga keempat dengan 16 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan