34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UCL: AC Milan berpeluh singkir Napoli

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AC Milan layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun selepas menyingkirkan cabaran Napoli 2-1 secara agregat awal pagi tadi.

Menang 1-0 di San Siro, Milan yang bertandang ke Naples dipaksa bekerja keras di Stadium Diego Armando Maradonna selepas terikat 1-1 dalam 90 minit masa sebenar.

Aksi pagi tadi menyaksikan skuad bimbingan Stefano Pioli itu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-21 apabila Rafael Leao dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diambil Olivier Giroud berjaya diselamatkan Alex Meret.

Penyerang berpengalaman itu menebus kesilapannya pada minit ke-43 apabila meledak gol pertama perlawanan apabila mudah menolak masuk hantaran Leao untuk menjadikan kedudukan 2-0 secara agregat.

Advertisements

Napoli turut dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-80 selepas bola terkena tangan pertahanan Rossionerri, Fikayo Tomori namun sepakan Khvicha Kvaratskhelia diselamatkan Mike Maignan.

Gol yang dinanti-nanti akhirnya tiba pada masa kecederaan menerusi tandukan penyerang, Victor Osimhen ke penjuru kanan gawang Milan.

Pelawat berjaya menyerap asakan minit akhir Napoli sekali gus menempah tiket ke separuh akhir pertama sejak 2007.

Milan bakal menentang pemenang di antara Inter Milan atau Benfica yang akan turun beraksi di Stadium Giuseppe Meazza awal pagi esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan