27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Liga Super: Selangor bantai Terengganu 5-1

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC sekali lagi berpesta gol dengan mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Selangor masih lagi segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Sri Pahang FC dalam aksi pusingan 16 Piala FA membawa momentum cemerlang pada perlawanan kesembilan Liga Super musim ini.

Perlawanan di antara kedua-dua pasukan kelihatan seimbang, di mana Selangor dan Terengganu saling berbalas serangan dalam usaha untuk memburu gol.

Selangor terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ayron del Valle pada minit ke-17, rembatan rendah pemain import kelahiran Colombia itu gagal ditampan penjaga gol,  Rahadiazli Rahalim.

Faisal Halim menggandakan jaringan empat minit kemudian ke atas kelab lamanya hasil serangan daripada sayap kanan yang dilakukan oleh pertahanan, Quentin Cheng bijak menjolok masuk bola ke dalam kotak penalti.

Advertisements

Selangor berjaya menghasilkan jaringan ketiga melalui sepakan sudut Mukhairi Ajmal Mahadi berjaya disambar oleh Harith Haiqal Adam Afkar sekaligus meletakkan Gergasi Merah selesa mendahului 3-0 di separuh masa pertama.

Terengganu berusaha bangkit dari ketinggalan satu jaringan dengan Ivan Mamut meledak satu gol pada minit ke-61 selepas menyambar hantaran silang Syafik Ismail. 

Jaringan tersebut tidak mencemaskan tuan rumah, mereka meledak jaringan keempat dengan Noor Al-Rawabdeh melepas hantaran jauh untuk Ayron menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini. 

Selangor terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan Terengganu, pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, meledak masuk gol yang kelima tuan rumah sekaligus menjadikan malam penuh bergaya skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Kemenangan itu meletakkan Selangor FC mengekori rapat di belakang JDT dengan perbezaan dua mata hasil tujuh kemenangan daripada sembilan penampilan musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan