28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UCL: Real mudah ke separuh akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERJALANAN Chelsea dalam Liga Juara Juara Eropah (UCL) terhenti selepas tewas 2-0 kepada Real Madrid di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Real mara ke separuh akhir dengan keputusan 4-0 secara agregat.

Pemain sayap, Rodrygo menjadi duri dalam daging buat The Blues apabila meledak dua gol di babak kedua untuk memastikan slot empat terakhir menjadi milik kelab gergasi Sepanyol itu.

Chelsea yang turun dengan misi memadam defisit dua gol bermula dengan baik dan terlepas peluang mendahului pada minit ke-11 apabila percubaan N’golo Kante tersasar.

Pada minit ke-20 menyaksikan percubaan Rodrygo terkena tiang gol Chelsea yang dikawal Kepa Arizzabalaga.

Anak buah Frank Lampard terus mendominasi perlawanan namun ketumpulan penyudah menyaksikan Chelsea buntu untuk melepasi Thibaut Courtois.

Real yang dibimbing Carlo Ancelotti menghukum kesilapan Trevor Chalobah pada minit ke-58 untuk mnejadikan kedudukan 3-0 secara agregat.

Bermula daripada gerakan serangan balas pantas, keputusan Chalobah untuk melakukan terjahan terus membuka ruang kepada Rodrygo untuk membawa bola masuk ke dalam kawasan penalti.

Rodrygo kemudiannya melorongkan bola kepada Vinicius Jr. dan memberi semula kepada Rodgygo untuk menolak masuk gol pertama perlawanan.

Pemain sayap berusia 22 tahun itu mematikan sisa perjuangan Chelsea menerusi gol kedua peribadinya apabila mudah menolak masuk hantaran Federico Valverde pada minit ke-80.

Di peringkat separuh akhir, Real bakal menentang pemenang di antara Bayern Munich dan Manchester City dengan wakil England itu membawa bekalan selesa tiga gol ke Jerman untuk aksi suku akhir kedua awal pagi esok. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan