25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Kerjasama Orpheus-Bateriku sedia pembiayaan PMKS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT pembekal bateri kenderaan, Bateriku (M) Sdn. Bhd. (Bateriku) menjalinkan kerjasama dengan Orpheus Capital Sdn. Bhd. (Orpheus) menyediakan pembiayaan kepada rakan strategik dan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi berkata, memorandum persefahaman (MoU) itu bakal memanfaatkan 200 pekerja dan rakan niaga seluruh negara.

Katanya, beliau berharap kolaborasi tersebut bukan hanya menyumbang kepada kejayaan syarikat tetapi turut menggalakkan pertumbuhan usahawan dalam kalangan generasi muda di bawah Bateriku.

Ini merangkumi program BPreneur (100 usahawan di 150 lokasi seluruh negara), BBuddy (3,000 rakan bengkel) dan BHero (1,000 juruteknik automotif gig).

“Pelaksanaan sistem GajiNow oleh Orpheus dan perkhidmatan kewangan PMKS akan memberi menfaat kepada lebih 200 pekerja dan rakan niaga seluruh negara, terutama bagi yang memerlukan pembiayaan segera dan patuh syariah.

Advertisements

‘Kerjasama ini bukan sahaja memberikan nilai yang besar kepada ekosistem perniagaan tetapi turut mempromosi kegunaan operasi perniagaan dan pengurusan kewangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MoU yang ditandatangani kedua-dua syarikat menyaksikan Bateriku bakal berintegrasi kepada servis Orpheus termasuk invois kewangan, pembiayaan kontrak dan pembiayaan GajiNow kepada semua pelanggan dan rakan niaga Bateriku khususnya di luar bandar.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Orpheus, Hamudi A. Khalid berkata, kolaborasi itu mensasarkan impak yang signifikan termasuk mencipta peluang pekerjaan kepada belia, mengurangkan kebergantungan kepada ‘Ah Long’ dan meningkatkan literasi kewangan dan Islamik dalam kalangan PMKS dan belia.

“Kami tidak mahu IKS meminjam dengan ‘Ah Long’ bagi membiayai perniagaan. Kami berbangga dapat berkolaborasi bersama Bateriku yang berkongsi visi yang sama.

“Secara keseluruhannya, kerjasama ini merupakan langkah penting dalam menerap dan mempromosi teknologi digital, keusahawanan, kewangan dan perkembangan ekonomi di Malaysia,” katanya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan