24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerajaan semak semula, tambah baik pemberian negeri

Keputusan ini menzahirkan komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pembangunan dan seterusnya dapat memperkukuh lagi momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia MADANI.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan jug bersetuju dengan semakan semula dan penambahbaikan bagi petunjuk serta pengagihan Pemberian TAHAP.

“Keputusan ini menzahirkan komitmen serta kesungguhan kerajaan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan acuan negeri masing-masing dan seterusnya dapat memperkukuh lagi momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia MADANI,”katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakil dari setiap negeri.

Beliau berkata, sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan MADANI, Majlis Kewangan Negara juga bersetuju dengan kenaikan peruntukan Pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT) kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun 2022.

“Kenaikan ini ialah galakan khusus kepada negeri-negeri yang mewartakan kawasan perlindungan baharu.

Selain itu, kata beliau, kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri bagi menyelenggara jalan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di kawasan
perumahan berpagar (gated) dan mempunyai kawalan keselamatan (guarded)
serta penggantian papan tanda nama jalan dan lorong bagi jalan.

“Antaranya melibatkan Jalan Kampung, Jalan Taman, dan papan-papan tanda jalan lain selain daripada penunjuk arah,”katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri disaran untuk memberi keutamaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing kepada kontraktor Kelas G1 hingga G4 dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa syarikat konsesi besar sahaja.

“Langkah ini bertujuan untuk membantu kitaran ekonomi kontraktor kontraktor kecil dengan lebih adil dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara lebih tuntas,”katanya.

Ujar Anwar, kerajaan amat memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala di Jalan Persekutuan supaya keadaan jalan sentiasa
selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat.

“Untuk itu, Kementerian Kewangan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi bagi penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan.

“Ini terutamanya untuk menangani masalah jalan raya berlubang yang menjadi antara penyumbang kepada kemalangan. Peruntukan tambahan ini juga akan dikhususkan untuk manfaat kontraktor-kontraktor kecil Bumiputera.

“Penambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan
berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion berbanding
RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023,”katanya.

Anwar berkata, dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa, kerajaan tetap terus komited untuk memenuhi keperluan penyelenggaraan Jalan Persekutuan.

Di samping itu, katanya, bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman kerajaan kepada kerajaan negeri, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan dan meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja (progressive payment) melibatkan pinjaman baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan