27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Piala FA: Selangor FC belasah Sri Pahang 4-0

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA dengan penuh bergaya menewaskan Sri Pahang FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan ini membawa Sri Pahang mengalami kekalahan pertama musim ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu lebih banyak menyerang dan kerap melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol lawan.

Pasukan tuan rumah jaring gol pertama di minit ke 41 apabila rembatan Mukhairi Ajmal menerjah jaring yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol tok gajah, Izham Tarmizi.

Advertisements

Mukhairi Ajmal menggandakan kedudukan buat Red Giants dengan rembatan lencong mudah menewaskan Izham Tarmizi pada minit ke 58.

Faisal Halim turut mencetak nama sebagai penjaring ketiga apabila menolak masuk pada minit ke 67 dalam situasi kelam kabut.

5 minit kemudian, Brendan Gan pula melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti yang tidak mampu diselamatkan oleh Izham Tarmizi.

Selangor bakal membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan di peringkat suku akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan