34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Piala FA: Sabah tempah tiket ke suku akhir

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SABAH FC mara ke suku akhir Piala FA 2023 selepas mengalahkan Kelantan United FC 2 – 0 dalam perlawanan Pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas, malam tadi.

Dua gol skuad Sang Badak terhasil melalui kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan Stuart John Wilkin pada minit ke-58.

Gol Baddrol terhasil menerusi tandukan selepas menerima hantaran rakan sepasukan.

Stuart Wilkin mengembirakan penyokong tuan rumah dengan jaringan gol melalui sepakan leret ke arah sudut gawang Kelantan selepas menerima Ming Ko di kawasan petak penalti.

Advertisements

Sepanjang perlawanan Sabah FC mendominasi permainan dengan kerap melancarkan serangan berbahaya ke arah pintu gol Kelantan.

Kelantan pula hanya mendapat dua atau tiga cubaan sepanjang babak pertama.

Sabah FC akan bertemu Kuala Lumpur dalam saingan suku akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan