Thursday, June 4, 2026

Piala FA: Negeri Sembilan bekerja keras tewaskan PIB

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

NEGERI Sembilan FC FC (NSFC) terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan PIB FC 2-0, dalam aksi Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Pasukan tuan rumah buntu untuk menjaring gol, meskipun barisan serangan berjaya mencipta banyak peluang.

Skuad Hobin Jang Hobin mencipta empat peluang di minit empat percubaan tepat ke arah gol lawan antaranya pada minit ke-26, 27, 30 dan 42 namun gagal disempurnakan dengan baik sehingga menamatkan separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Usaha NSFC memburu gol terhasil apabila sepakan bola mati  Che Rashid dari jarak kira-kira 25 meter ke kawasan gol lawan berjaya ditanduk kemas Casagrande untuk menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-51.

Negeri Sembilan kemudian berjaya mendapatkan gol kedua menerusi jaringan pemain gantian, Muhamad Shahrel Fikri Md Fauzi selepas dia menanduk bola masuk ke dalam gawang PIB, hasil sepakan sudut diambil Mohd Zamri Ramli pada minit ke-80.

Skuad kendalian K.Devan akan beraksi menentang Selangor di peringkat suku akhir. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan