28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Htet Aung dipinjamkan ke Negeri Sembilan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN sayap Selangor FC, Hein Htet Aung dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC sehingga akhir musim 2023.

Negeri Sembilan menerusi kenyataan ringkas berkata, Htet Aung bakal mengisi kuota pemain import pasukan itu musim ini dan bakal menyarung jersi nombor 10 pasukan.

“Pemain yang berasal dari Myanmar, Hein Htet Aung bakal beraksi bersama skuad Jang secara pinjaman dari Selangor untuk baki musim 2023.

“Boleh bermain sebagai pemain sayap dan penyerang, Htet Aung memulakan kerjayanya di Liga Malaysia bersama Selangor FC pada 2021.

“Htet Aung bakal menyarung jersi bernombor 10 bersama skuad Jang,” katanya hari ini.

Advertisements

Pemain kebangsaan Myanmar itu memulakan karier bola sepak bersama kelab tempatan di negaranya sebelum menyertai Hantharwady United pada 2018.

Htet Aung antara pemain berpotensi di Myanmar apabila memenangi anugerah Pemain Harapan Liga Nasional Myanmar pada 2020.

Hyet Aung kemudiannya berhijrah ke negara ini pada musim 2020-21 bersama Selangor FC.

Sepanjang musim ini, pemain tersebut melakukan 12 penampilan di Liga Super dengan merekod dua bantuan jaringan.

Penampilan terakhir Htwt Aung bersama skuad Gergasi merah adalah ketika menentang Sri Pahang pada 9 Julai lalu apabila diturunkan beraksi hanya untuk tempoh tiga minit sahaja. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan