26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 15, 2024

Pesara guru terpedaya ‘Macau Scam’, rugi setengah juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pesara guru wanita berputih mata apabila kerugian wang lebih RM500,000 gara-gara terpedaya dengan panggilan ‘telefon scam‘.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 59 tahun itu pada mulanya dikatakan mempunyai tuntutan insurans di sebuah hospital swasta.

Menurut beliau, panggilan tersebut kemudiannya disambung kepada ‘pegawai polis’ untuk siasatan sumber kewangan yang ada dalam akaun wanita itu.

“Wanita itu diminta untuk membuat pindahan keseluruhan wang ke dalam satu akaun miliknya bagi tujuan siasatan sumber kewangan milik mangsa.

“Akibat cemas dan ketakutan, mangsa telah memberikan semua maklumat kad ATM bank milik mangsa kepada individu itu bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata, mangsa kemudian menyedari wangnya sebanyak RM585,904.22 telah lesap ketika ingin mengeluarkan wang dari akaun banknya.

Advertisements

Mangsa menyedari telah ditipu ‘syarikat insurans’ itu dan membuat laporan polis.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa ‘telefon scam‘ termasuk tidak melayan panggilan telefon atau mesej individu atau nombor telefon yang tidak dikenali.

“Guna aplikasi whoscall, truecaller dan sebagainya untuk mengetahui identiti pemanggil, jangan mudah panik dan cemas apabila menerima panggilan dari scammer.

“Agensi penguatkuasaan di Malaysia tidak akan menelefon untuk mengugut seraya memberi pilihan untuk “selesai di luar”, sentiasa membuat semakan dan pengesahan dengan jabatan atau agensi yang berkaitan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk rancangan Felda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM31.7 juta bagi melaksanakan projek ekonomi tambahan...

Lagi Artikel Berkaitan