26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Permohonan pengampunan Najib guna desakan politik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

USAHA Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai desakan politik.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata, ia terserah kepada Lembaga Pengampunan sama ada mahu mempertimbangkan perkara itu atau sebaliknya.

“Isu ini (memohon pengampunan) ada proses dan prosedur tertentu. Setahu saya siapa yang boleh memohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat khas bersama kepimpinan PN Kelantan di Pasir Puteh, semalam.

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor dan barisan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan, MKT UMNO telah membuat ketetapan untuk merayu pengampunan bagi bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT UMNO yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja Najib, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh komen kerana perkara itu bersandarkan perlembagaan undang-undang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan