32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

2.971 juta pengguna muat turun aplikasi MyJPJ 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

APLIKASI Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau MyJPJ telah mendapat sambutan menggalakkan apabila telah dimuat turun oleh 2.971 juta pengguna sejak dilancarkan Februari lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan usaha untuk mempromosi aplikasi itu untuk kemudahan masyarakat.

“MyJPJ adalah suatu aplikasi yang umum tahu di mana lesen kita tidak lagi secara fizikal tapi digital.

Bagaimanapun, ini adalah untuk paparan sahaja dan untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan boleh digunakan menjelang pertengahan tahun ini.

“Sekarang kita pamerkan untuk membiasakan masyarakat mengenai MyJPJ digital dahulu dan sebaik sudah bersedia, Insya Allah pertengahan tahun ini orang ramai sudah boleh mendaftar masuk aplikasi ini.

“Setakat ini, seramai 2.971 juta pengguna sudah mendaftar masuk dan kita harap menjelang pertengahan tahun ini jumlahnya semakin ramai bagi memudahkan urusan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa JPJ Negeri Kelantan, di Kota Bharu, malam tadi.

Dalam pada itu, Zailani berkata, terdapat beberapa isu yang kerap diutarakan oleh orang ramai antaranya tiada data atau liputan internet atau tidak mempunyai telefon pintar serta ketiadaan bateri.

Advertisements

Menurutnya, ia tidak menimbulkan masalah kerana pihaknya akan memeriksa melalui alat yang dinamakan ‘Smart Management Enforcement Device’ (SMED) yang boleh memaparkan sama ada lesen atau cukai jalan seseorang masih hidup atau perlu diperbaharui.

“Pihak berkenaan hanya perlu beri MyKad sahaja dan kita akan masukkan dalam SMED sebelum paparan akan muncul bagi mengetahui sama ada lesen atau cukai jalan masih hidup atau mati…itu tanggungjawab kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan operasi bersepadu menjelang perayaan, beliau berkata pihaknya bersama agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, antara yang difokuskan adalah menyuraikan kesesakan jalan raya terutama di Gua Musang memandangkan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis ditutup sehingga 29 April ini bagi memberi laluan kerja pemasangan cerucuk jambatan di bawah Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan.

“Kita jangka berlaku kesesakan terutama laluan Gua Musang serta Kuala Krai dan kami akan bekerjasama dengan pihak polis untuk suraikan trafik.

“Perantau jangan bergantung harap dengan laluan itu sahaja kerana masih ada pilihan lain seperti LPT melalui Terengganu atau Jalan Gerik, Perak,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Dituduh pakai ijazah palsu, calon PN dedah transkrip universiti

GARA-GARA dituduh menggunakan ijazah palsu, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mendedahkan transkrip...

Lagi Artikel Berkaitan