25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bangkai ‘Pak Itam’ seberat lebih 500 kg ditemukan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan seekor buaya tembaga mati di Sungai Selangor, berhampiran Kampung Kuantan di Kuala Selangor, semalam.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, bangkai reptilia itu yang belum dikenal pasti jantinanya dengan berat kira-kira 500 hingga 600 kilogram ditemukan terapung oleh penduduk kampung.

“Buaya itu dipercayai mati dalam tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan fizikalnya.

“Malah, ketika hidupan liar itu ditemukan ia sudah kembung dan mulai reput,” katanya seperti dilaporkan media hari ini

Menurutnya, ketika ini, pihaknya masih menjalankan pelupusan bangkai.

Semalam, tular di laman Facebook memaparkan beberapa gambar bangkai seekor buaya yang terapung di Sungai Selangor.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook River Monster Hunter (RMH), bangkai seekor buaya besar yang digelar ‘Pak Itam’ dalam kalangan masyarakat tempatan di kawasan ditemukan.

Menurut RMH, beberapa orang nelayan tempatan telah menunda bangkai tersebut ke Jeti Tok Empat Masjid atau Jeti Kampung Laut untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Sebelum ini, beberapa kejadian pemancing terserempak dengan buaya bersaiz raksasa yang sedang berjemur di kawasan tebing sungai tular sehingga mendapat liputan pihak media.

“Malah, pihak Perhilitan turut menghantar anggota ke lokasi kejadian untuk memantau keberadaan buaya tersebut,” katanya.

Malah ujar RMH lagi, kejadian penemuan bangkai buaya bersaiz besar di kawasan berkenaan sudah kali kedua.

“Pada 22 Sept 2020 yang lepas, masyarakat tempatan digemparkan dgn penemuan bangkai buaya ‘sebesar bas’,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, RMH turut berkongsikan gambar oleh salah seorang ahli Team RMH yang berada di lokasi kejadian.

“Menurut beliau (Scoot Carlito) kawasan Bukit Belimbing memang banyak buaya dan ada beberapa ekor yang bersaiz besar. Tambah beliau, beberapa tahun lepas pernah berlaku kejadian Buaya melibas bot yang dinaiki pemancing sehingga terbalik namun kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan