29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bas ekspres terbakar, 20 penumpang nyaris maut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang dinaiki terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, malam tadi. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 malam.

“Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Fadil Hesam berkata, berdasarkan siasatan pihaknya mendapati api marak membakar bas ekspres dua tingkat itu sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian. 

Advertisements

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.47 malam dan padam sepenuhnya jam 12.09 tengah malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya

Ujar beliau, bas itu dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Seramai 20 orang penumpang dan pemandu bas itu selamat dalam kejadian tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan