Monday, June 15, 2026

PDRM laksana Op Selamat bermula 20 April ini

Op Lancar akan dilaksanakan pada 18,19 April bagi memastikan kelancaran pengguna jalan raya pulang ke kampung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 20 bermula 20 hingga 27 April ini bagi memastikan kelancaran trafik membanteras aktiviti jenayah sepanjang musim perayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi kenyataan berkata, bertemakan ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi’, operasi ini akan diadakan selama tujuh hari.

Katanya, Op Lancar akan dilaksanakan pada 18 dan 19 April bagi memastikan kelancaran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini.

“PDRM menasihatkan pengguna jalan raya agar bertimbang rasa, berhemah, berhati-hati dan fokus dalam pemanduan.

“Sebarang maklumat sama ada menerusi rakaman video atau gambar mengenai tingkah laku pengguna jalan raya lain yang melanggar undang-undang boleh disalurkan agar tindakan dapat diambil,” katanya hari ini.

Sementara itu, PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) akan menggerakkan kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) dan rondaan bit mengawasi taman perumahan, premis perniagaan dan pusat ibadat.

Sepanjang Op Selamat 20 juga, pemantauan udara oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi mengesan lokasi titik panas dan menyalurkan info kepada elemen di lapangan untuk penyuraian trafik.

“Pengguna jalan raya diminta peka dengan informasi terkini berkaitan aliran trafik semasa menerusi portal dan saluran rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) serta konsesi lebuh raya.

“Selain itu, pengguna jalan raya diminta menggunakan aplikasi navigasi bagi merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan