23.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Asyraf imamkan jenazah sahabat maut kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengimamkan jenazah sahabatnya yang maut dalam nahas di Pasir Puteh, Kelantan semalam angkara pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.

Asyraf Wajdi berkata, beliau bergegas ke Pasir Puteh selepas program di Kota Bharu sebaik mendapat perkhabaran sedih tersebut.

Katanya, beliau sempat melunaskan amanah terakhir arwah dengan mengimamkan solat jenazah di hadapan bilik mayat Hospital Tengku Anis sebelum dibawa ke Kampung Lembah untuk disolatkan sekali lagi dan dikebumikan.

“Arwah pergi di petang Jumaat Ramadan ke-23 tatkala bersama konvoi motor untuk pergi majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Machang.

“Tenanglah engkau di sana wahai sahabatku. Aku menjadi saksi kebaikan, kemulian budi pekerti dan akhlakmu sepanjang persahabatan kita,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, siasatan awal mendapati semasa kejadian seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.

“Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan dan telah memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Ab Hisham maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh oleh sebuah kereta yang hilang kawalan. – Foto: Media sosial

Ujar Zaizul Rizal, dipercayai wanita terbabit tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan mereka bertembung.

Menurutnya, tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berkenaan yang merupakan pemandu lori bagi melakukan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan air kencing terhadapnya mendapati dia positif methampetamine,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan