29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

80 peratus cuti pegawai, anggota bomba dibekukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DIANGGARKAN sebanyak 80 peratus daripada 10,174 cuti pegawai dan anggota bomba dibekukan sepanjang perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan mereka bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kecemasan atau kebakaran ketika musim perayaan ini.

Katanya, pembekuan cuti anggota dan pegawai bomba itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 30 April.

“Persediaan awal yang dilaksanakan JBPM bagi mencegah berlakunya kebakaran semasa musim perayaan, antaranya melalui kempen kesedaran keselamatan kebakaran yang disasarkan kepada komuniti perumahan, pusat-pusat perniagaan dan lain-lain. 

“Masyarakat diingatkan sentiasa meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung agar tidak berdepan sebarang kerugian,” katanya seperti dipetik dari Bernama.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, tiada hotspot kebakaran struktur boleh dikenal pasti memandangkan kebakaran struktur berlaku di atas beberapa faktor dan tidak terikat dengan hanya satu faktor seperti peningkatan suhu.

“Walau bagaimanapun, JBPM tetap bersedia dan mengambil kira premis-premis yang menjadi tumpuan orang ramai untuk sambutan Hari Raya dan sempena Ramadan.

“JBPM juga meningkatkan tahap penguatkuasaan dengan menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran sebagai langkah bagi mencegah kebakaran,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan