31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MARA terus terajui agenda TVET Nasional

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan terus menerajui agenda Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara berbekalkan kepada pengalaman, kepakaran dan kekuatan institusi dan capaian di seluruh negara.

Keyakinan itu dilontarkan Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengadakan lawatan ke Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA pagi ini.

Asyraf berkata, ia akan dapat dicapai melalui Giat MARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institut (MJII), German Malaysian Institut (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Bagaimanapun, Asyraf tidak menafikan pelbagai persepsi berkenaan dengan TVET.

“Mahu atau tidak, kita harus akui bahawa inilah persepsi ramai khususnya ibu bapa apabila kita bercakap mengenai TVET (Teknikal, Vokasional, Kejuruteraan dan Teknologi).

“TVET ini pendidikan kelas kedua”. Inilah antara stigma yang sering diutarakan ramai.

“Namun hakikatnya, graduan TVET sebenarnya yang mempunyai kadar kebolehpasaran dan gaji permulaan yang lebih tinggi berbanding pendidikan tinggi.

“Ini seiring dengan Laporan Khazanah Research Institute (KRI) “Unlocking the Earning Potential of TVET Graduates” bertarikh 6 April 2023,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya, kerajaan juga akan terus komited untuk memperkasakan agenda TVET ke tahap lebih tinggi kerana ia bukan sahaja meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat, malah penting untuk menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) baru melalui penyediaan bakat-bakat dan tenaga kerja yang bersesuaian.

“Inshaa Allah, saya dan rakan-rakan di Majlis MARA akan terus memastikan TVET MARA terus diperkasakan demi rakyat dan negara,”katanya.

Dalam lawatan tersebut, Asyraf turut berkesempatan bertadarrus bersama warga kerja BKT. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan