27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malapetaka besar menanti Anwar jika… – Hassan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MALAPETAKA besar menanti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan diraja dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dibebaskan daripada semua 47 pertuduhan yang dihadapi pada masa kini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ingatan itu diberikan kerana dua kes berprofil tinggi tersebut akan memberi kesan terhadap kedudukan kerajaan dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, pada masa yang sama Anwar dan Kerajaan Perpaduan bakal dihukum rakyat di enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekiranya kedua-dua mereka dibebaskan dengan begitu mudah.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu diingatkan. Gabungan politik Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat akan ditolak oleh rakyat dalam enam pilihan raya negeri tidak lama lagi. 

“PH dan PKR seterusnya akan dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum-pilihan raya umum yang akan datang. Kesudahannya, PH dan PKR akan rebah dan tersungkur bersama-sama Barisan Nasional (BN) dan UMNO jika Najib Razak dan Zahid Hamidi bebas dan lepas dengan begitu mudah sekali.

Advertisements

“Jika itu berlaku, jangan kata saya tak ingatkan,” katanya menerusi tulisan di Facebook miliknya.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memohon pertimbangan agar Yangdi-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada Najib yang juga bekas Presiden UMNO.

Anwar turut mengesahkan beliau akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja kepada bekas Perdana Menteri itu.

Semalam, Zahid telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan