24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemimpin UMNO lompat parti bukan perkara baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menegaskan, isu bekas pemimpin UMNO menyertai parti lain bukanlah satu perkara yang mengejutkan buat parti itu.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit mendakwa, tindakan itu adalah untuk menyambung nyawa politik dan ‘cari makan’ selepas dipecat atau keluar parti.

“Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin UMNO akan sertai Pas. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari makan.

“Isu pemimpin UMNO melompat parti bukan baharu. UMNO tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa.

“Tun Mahathir pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan. 

Advertisements

“Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika PN (Perikatan Nasional) kembali memerintah. Tetapi jawatan itu tidak kekal. Yang kekal ialah gelaran “katak”. Itu kekal selama-lamanya. Jadi katak bukan kejutan,” katanya melalui hantaran Facebook.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, beberapa bekas nama besar dan berpengaruh daripada UMNO dijangka akan menyertai PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, UMNO telah memecat atau menggantung beberapa pemimpin senior mereka antaranya Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin.

Manakala yang digantung keahlian antaranya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan.

Sebelum PRU-15 beberapa pemimpin UMNO turut meninggalkan parti dan menjadi calon bagi PN antaranya Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan