29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Polis gesa henti spekulasi kes rogol remaja di Jasin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun yang didakwa dirogol bapa tiri.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sebarang kenyataan mahupun komen boleh mengganggu perasaan dan sensitiviti keluarga terutama mangsa sekali gus khuatir akan mengganggu siasatan.

Menurut beliau, polis sudah pun membuat tangkapan terhadap ibu dan bapa tiri remaja terbabit dan kes masih dalam siasatan lanjut.

“Saya mohon kepada masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau hal yang tidak tepat, biarkan pihak polis lakukan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, beberapa saksi termasuk rakan lelaki kepada remaja perempuan terbabit sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Individu yang merupakan kawan lelaki kepada remaja itu antara saksi dan telah dipanggil untuk diambil serta dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan ibu kandung dan bapa tiri kepada seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja terbabit.

Ahmad Jamil berkata, pasangan suami isteri berusia 40 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dipercayai baru pulang dari Sabah.

Ini berikutan remaja berkenaan yang sebelum ini dilaporkan hilang di Jasin, Melaka, ditemukan selamat di Kampar, Perak.

Timbul andaian orang ramai remaja berkenaan menghilangkan diri disebabkan kes rogol berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan