27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Orang lain lagi ramai ponteng, bukan PN – Fadhli

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir wakil rakyat pihak kerajaan susulan laporan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mencatat peratusan kehadiran terbaik di persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS, turut menepis dakwaan yang menyatakan Ahli Parlimen PN sering ponteng sidang Dewan Rakyat.

“72.1 peratus ahli parlimen PAS mempunyai kehadiran penuh, manakala DAP berada di tempat kedua (52.5 peratus).

“Rupanya orang lain yg paling ramai ponteng,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Sebelum ini, MalaysiaKini melaporkan Ahli Parlimen PN mempunyai peratusan kehadiran terbaik dengan purata 29.2 hari dari 31 hari.

PN mencatatkan peningkatan kadar kehadiran ke 94.2 peratus, meningkat daripada 72.3 peratus pada September lalu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagi Ahli Parlimen kerajaan pula, kadar kedatangan pada purata 27.4 hari, dengan kadar kehadiran 88.4 peratus.

Rekod kedatangan diambil melaluihansard (transkrip rasmi) sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan