32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PDRM siasat 336 kg dadah dari Malaysia ke Australia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk menerusi kontena dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan mengenai kes terbabit.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesahkan Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac 2023 yang lepas.

“JSJN Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima dari pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Difahamkan, dadah terbabit dianggarkan bernilai RM789.56 juta.

Advertisements

Terdahulu, Pihak Berkuasa Australia berjaya menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat 336 kilogram dalam satu kontena yang dibawa masuk ke Brisbane dari Malaysia.

Kesemua dadah terbabit ditemui ditanam dalam dua blok konkrit dalam kontena terbabit.

Siasatan mendapati, kontena terbabit didaftarkan membawa perkakas solat dialamatkan di sebuah pusat industri di Brendale, utara Brisbane.

Susulan penemuan itu, seorang lelaki berjaya ditahan dipercayai terlibat dalam penyeludupan dadah kedua terbesar dalam sejarah negara itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan